//= 360) elmH = 0; return '#' + elmR + elmG + elmB; } //]]>
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 31 March 2011

TUTUPLAH KEAIBAN ORANG LAIN...



Hadith riwayat Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.



Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan. Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan.
Bagi orang yang bijaksana, ia memandang pada dalam dirinya dan bertaubat dari dosa-dosanya dan membetul kesilapan-kesilapannya. Dia menutup keaiban orang lain, dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain. Dengan cara itu dia telah mewujudkan suasana saling menghargai dan baik sangka pada orang lain.
Tetapi dalam keadaan tertentu, seperti menjadi saksi pada suatu pembicaraan, untuk membendung manusia supaya tidak terikut-ikut dengan kejahatan seseorang, atau mendedahkan keaiban orang yang memang dengan sengaja mendedahkan kesalahannya sendiri di hadapan orang ramai. Maka dengan ini ianya dibolehkan untuk keperluan yang disebutkan tadi sahaja, bukan untuk disiarkan di media-media untuk tuntunan umum.




**So...jgnlah kite mendedahkan keaiban orang lain...ingatlah bahawa setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan tidak kira sama ada kesalahan yang dilakukan besar atu kecil...apabila seseorang itu ingin berubah ke arah kebaikan...terimalah perubahannya dan jangan pinggirkan dan mengeji org itu disebabkan kesalahan yang telah dilakukan...berilah peluang kpdnya...renung2kan dan selamat beramal..:)

MENGHARAP KEAMPUNAN ALLAH...:)





 Seluruh umat Islam dituntut supaya menaruh pengharapan yang tinggi kepada Allah s.w.t untuk memperolehi rahmat dan nikmat-Nya yang disediakan bagi hamba-hamba yang salih.
Manusia sebagai makhluk yang tidak sunyi daripada melakukan kesalahan dan kesilapan juga amat perlu mengharap keampunan (maghfirah) daripada Illahi. Harapan ini akan memberi dorongan yang berterusan untuk maju mendekatkan diri kepada Allah kerana percaya bahawa Allah akan menyambut setiap langkah pendekatan hamba-Nya sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis Qudsi:
“Sesiapa yang mengerjakan kebaikan, maka untuknya sepuluh kali ganda pahala, bahkan mungkin lebih. Sesiapa yang berbuat kejahatan, maka dibalas dengan satu dosa, bahkan mungkin diampuni. Dan sesiapa yang menghampiri-Ku (Allah) sejengkal, Aku akan menghampirinya sehasta. Sesiapa yang datang kepada-Ku berjalan, maka Aku akan berlari kepadanya. Sesiapa yang menghadap kepada-Ku dengan dosa sepenuh isi bumi, sedangkan dia tidak menyekutukan Aku dengan sesuatu apa pun, nescaya Aku akan menemuinya dengan keampunan sebesar itu pula.” (Riwayat Muslim).
Begitulah kemurahan dan keampunan Allah terhadap hamba-hamba-Nya yang tidak musyrik (menyekutukan Allah). Kemurahan Allah ini sememangnya telah ditetapkan oleh Allah sendiri sewaktu mula-mula Dia menjadikan makhluk.
Ini jelas berdasarkan sepotong hadis yang bermaksud: “Sewaktu Allah menjadikan makhluk, maka Allah telah menetapkan atas dirinya sendiri dalam sebuah kitab di atas Arasy bahawa: ‘Rahmat-Ku mengalahkan murka-Ku (Rahmat Allah mengahului kemurkaan-Nya)”. (Riwayat Bukhari dan Muslim).
Pernah terjadi pada zaman Rasulullah, seorang wanita yang menjadi tawanan perang telah buntu fikirannya untuk mencari anaknya yang telah hilang. Dalam kerinduan kepada anaknya, setiap kali dia melihat kanak-kanak di dalam tempat tawanan tersebut dia akan menimang kanak-kanak itu dan menyusukannya.
Melihat betapa kasihnya seorang ibu terhadap anaknya, Rasulullah lantas bertanya kepada sahabat-sahabat: Adakah kamu semua fikir wanita itu sampai hati untuk mencampakkan anaknya ke dalam api?”
“Tentu sekali tidak,” jawab sahabat-sahabat serentak. Rasulullah menambah lagi, “demi Allah, sesungguhnya Tuhan lebih kasih kepada hamba-Nya melebihi kasih ibu itu kepada anaknya/”
Sehubungan dengan ini juga kita dapat menilai sendiri kasih sayang Allah kepada kita sehingga seboleh-bolehnya. Dia tidak mahu hamba-Nya masuk ke dalam neraka, namun kedegilan dan keengkaran hamba untuk berbakti kepada-Nya membuatkan hamba itu sendiri dihumbankan ke dalam api neraka, kerana Allah itu sekali-kali tidak akan memungkiri janji-Nya.
Dalam sebuah hadis lain Rasulullah ada mengungkapkan: “Allah memberi kasih sayang seratus bahagian, sembilan puluh sembilan bahagian ditahan untuk sementara dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Dari satu bahagian itulah seluruh makhluk hidup berkasih sayang, hinggakan kamu dapat melihat binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya.”
Dalam konteks ini juga, dalam surat az-Zumar ayat 54 Allah menyampaikan berita gembira agar manusia tidak mudah berputus asa daripada rahmat dan keampunan-Nya. Hanya rahmat Tuhan yang dapat menjauhkan orang-orang beriman daripada sentuhan api neraka. Rasulullah mengulas berhubung ayat ini dalam hadisnya bermaksud: “Setiap orang yang mempercayai bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya, dengan pengakuan yang sungguh-sungguh dalam hatinya, melainkan Allah akan mengharamkan orang itu daripada disentuh api neraka.”
Sebaik sahaja mendengar hadis ini, seorang sahabat, Muaz bin Jabal terus meminta izin daripada Rasulullah untuk menyebarkan berita gembira ini kepada semua orang namun tidak dibenarkan oleh Rasulullah kerana baginda khuatir orang ramai akan bertawakal sahaja tanpa beramal.
Walau bagaimanapun hadis ini terpaksa juga diceritakan oleh Muaz kerana beliau takut terhadap dosa orang yang menyembunyikan ilmu.
             Menurut Abu Musa al-Asya’ari, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari kiamat, Allah akan memberikan kepada setiap Muslim seorang Yahudi atau Nasrani dan dikatakan: inilah tebusanmu dari neraka.”
Keperihatinan hidup orang yang beriman ialah kerana selalu membayangkan rahmat Allah sentiasa di hadapannya. Mereka akan terus terdorong untuk meningkatkan amal baktinya kerana menaruh harapan yang penuh kepada Tuhan akan beroleh ganjaran yang besar di sisi-Nya. Ini berdasarkan surah az-Zumar ayat 10 yang bermaksud:
“Sampaikanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang beriman, berbaktilah kepada Tuhanmu. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperolehi kebaikan.”
Selain mengharapkan kasih sayang Illahi dengan sebarang nikmat-Nya yang tidak terhitung banyaknya di dunia ini, mereka juga penuh harapan untuk memperolehi rahmat kebahagiaan yang kekal abadi di akhirat kelak.
            Rasulullah pernah mengunjungi seorang pemuda yang sedang menghadapi maut. Lalu baginda bertanya kepada pemuda itu mengenai keadaan dirinya. Pemuda itu lantas menjawab: ”Aku mengharapkan ampunan Illahi dan aku juga khuatir mengenai dosa-dosaku yang aku lakukan,”
            Rasulullah lalu bersabda: “Tidak terkumpul kedua-dua perasaan ini di dalam hati seseorang hamba Allah pada saat seperti ini, kecuali pasti Allah memberikan segala yang diharapkannya dan mententeramkan apa yang dikhuatirkannya.

Wednesday, 30 March 2011

KEK BATIK MARRIE..


  • hye kengkawan.....
     semalam 1st time yuz wt kek batik...syok gk...x lar ssh sgt sebenarnye...cume mlz or rajin jew nk try buat...hehe..
    lame da dok aim kek nie...tp x try2 buat ag...tibe2 semalam tergerak aty lak nak buat...huhu..so dgn excitednye...yuz tros ke dapur tok cari bhn2 nk buat...kek nie paling simple lar nk wat...lau 1st time nk try wat pun InsyaAllah menjadi..hurm...nk tgk x pic kek 2...???
    de kt bwh nie...tgk lar...tp x lar cun sgt...almaklum jelar...1st time wat an...hehe..


   
 nie lar bhn2 die..
  •  1 cawan milo..
  •  1/2 cawan koko..
  •  3/4 gula..
  •  1 bungkus biskut marrie..
  •  1 cawan air..
  •  1/2 butter..
  •  2 biji telur

cara2 nk wat..


  •  patahkan biskut marrie dalam bekas..(ikut ske aty nk brape byk...lau nk coklat lebih sket jelar gune..lau nk biskut lbh patahkan lar lebih sket biskut tuu..)..
  • campurkan air, milo, koko, gula dalam periuk dgn api yg sederhana..
  • kacau sampai larut sume tuuu...
  • then, masuk lak butter ...kacau sampai butter tuu cair...
  • pas2 masuk telur lak...kacau ag sampai ase da pekat...
  • lastly, tutup api...
  • masukkan biskut yg da dipatahkan tadi...gaul sampai sebati...
  • masukkan dalam loyang tekan2 sket...letak dalam peti sejuk..
jeng jeng jeng ......!!
da siap da...so blh lar mkn....
selamat mencuba...:)
hehe...






Thursday, 17 March 2011

MY SWEETHEART..




cute x kucing2 nie..???
sebenarnye..yuz mnt sgt ngn kucing..de 7 ekor kucing kt umah...x lar byk sgt sebenarnye...hehe..tp blh lar lau nk wat men2 tuu...mcm2 name yuz letak..x ksh pon name pew sal an blh panggil..hehe...bez gak bela kucing nie sebenarnye....time dorang kecik an...cuuuute sgt...rase geram tgk dorang..tapi bila da bsr mcm2 kerenah lak.....huhu...x ksh lar..da yuz suke an nk wat cne..hehe...kucing yg paling yuz syg an...nme die omey...manje yg amat lar...mne x nyerr...1 family syg die...paling suke time tgk die duduk...cam katak lembek...hehe..
nk tgk x mke die cne..??


haa...cm nie lar mke omey...hehe.
alalala...wat mke lak die...actually bkn lar pic sebenar omey...amik kt google jew nie..tp de iras2 omey lar...hehe



try tgk kucing nie...

oh tidak..!!!
sy x bersalah....
jgn lar tuduh sy...
hehehe...
mcm2 ragam an...ble tgk dorg rase epy jew..dorg pon minta disayangi n dijage ngn baek..x baek pukul2 dorg...dorg pon makhluk Tuhan gk...so syg2 lar dorg..:)

*sume2 pic nie bkn lar pic kucing yuz...yuz ciplak kt google jew nie...hehehe...jgm mare..:)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...