//= 360) elmH = 0; return '#' + elmR + elmG + elmB; } //]]>
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 31 March 2011

TUTUPLAH KEAIBAN ORANG LAIN...



Hadith riwayat Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata:

"Dan sesiapa yang menutup keaiban seorang muslim maka Allah ta'ala akan menutup keaibannya di dunia dan di akhirat. Dan Allah ta'ala akan sentiasa menolong seorang hamba selama ia menolong saudaranya.



Tidak ada orang yang tidak berdosa, dan tidak ada orang yang tidak melakukan kesilapan. Cuma bezanya, banyak atau sedikit, besar atau kecil, teruk atau tidak, kelihatan atau tidak kelihatan.
Bagi orang yang bijaksana, ia memandang pada dalam dirinya dan bertaubat dari dosa-dosanya dan membetul kesilapan-kesilapannya. Dia menutup keaiban orang lain, dia menjaga harga diri sendiri dan harga diri orang lain. Dengan cara itu dia telah mewujudkan suasana saling menghargai dan baik sangka pada orang lain.
Tetapi dalam keadaan tertentu, seperti menjadi saksi pada suatu pembicaraan, untuk membendung manusia supaya tidak terikut-ikut dengan kejahatan seseorang, atau mendedahkan keaiban orang yang memang dengan sengaja mendedahkan kesalahannya sendiri di hadapan orang ramai. Maka dengan ini ianya dibolehkan untuk keperluan yang disebutkan tadi sahaja, bukan untuk disiarkan di media-media untuk tuntunan umum.




**So...jgnlah kite mendedahkan keaiban orang lain...ingatlah bahawa setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesalahan tidak kira sama ada kesalahan yang dilakukan besar atu kecil...apabila seseorang itu ingin berubah ke arah kebaikan...terimalah perubahannya dan jangan pinggirkan dan mengeji org itu disebabkan kesalahan yang telah dilakukan...berilah peluang kpdnya...renung2kan dan selamat beramal..:)

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...